Judul : Semak semula projek mega, termasuk ECRL, HSR - Azmin
link : Semak semula projek mega, termasuk ECRL, HSR - Azmin
Semak semula projek mega, termasuk ECRL, HSR - Azmin
Najib Aroff, Astro Awani
Katanya, projek yang akan dikaji semula termasuk yang dicadangkan dan diluluskan secara tergesa-gesa sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
“Ia termasuk projek yang sudah menerima Surat Setuju Terima (SST). Antaranya, projek Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Rel Berkelajuan Tinggi (HSR).
"Kami mahu runding semula terma bagi projek yang sedang dilaksanakan. Namun, ia akan berdasarkan kepada undang-undang.
“Projek yang belum dilaksanakan kita akan kaji tahap keperluan,” katanya pada sidang media selepas pertemuan pertama beliau dengan pegawai Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya hari ini.
Mohamed Azmin berkata, semakan itu penting bagi memastikan perbelanjaan kerajaan seimbang mengikut keadaan semasa.
BACA: Azmin tumpu usaha pulihkan ekonomi negara
BACA: Azmin mahu laksana reformasi ekonomi, selamatkan negara daripada krisis
Tambahnya, semakan semula bajet akan dilakukan pada September ini.
“Namun, memandangkan kini sudah hampir kepada pembentangan Bajet 2019, jadi, setakat ini Bajet 2018 masih lagi kekal seperti sedia ada,” katanya.
Mohamed Azmin pada masa sama berkata, isu hutang negara yang mencecah hampir RM1 trilion turut dibincangkan bersama EPU.
“Ia merangkumi hutang keseluruhan negara. Banyak projek diletakkan di luar bajet negara. Ini menjadi masalah dan menambah hutang. Kita perlu kaji," katanya.
Selain projek, Pelaburan Langsung Asing (FDI) akan turut dikaji bagi memastikan hanya pelaburan berkualiti dan memberi peluang pekerjaan diluluskan.
Mohamed Azmin berkata, meskipun banyak cabaran wujud dalam merangka strategi ekonomi, namun beliau yakin EPU mempunyai pasukan yang mantap dan mampu menangani setiap cabaran.
Terdahulu, menteri yang baru dilantik ini tiba di perkarangan Kompleks B JPM sekitar jam 7.45 pagi dan disambut pegawai EPU dan Jabatan Perdana Menteri yang lain.
Mengenai portfolio, beliau berkata perincian portfolio kementeriannya akan diumumkan beberapa hari lagi selepas keputusan dibuat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Demikianlah Artikel Semak semula projek mega, termasuk ECRL, HSR - Azmin
Sekianlah artikel Semak semula projek mega, termasuk ECRL, HSR - Azmin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Semak semula projek mega, termasuk ECRL, HSR - Azmin dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/semak-semula-projek-mega-termasuk-ecrl.html