Judul : Badan pemikir: Mansuh GST tidak banyak kurangkan kos sara hidup
link : Badan pemikir: Mansuh GST tidak banyak kurangkan kos sara hidup
Badan pemikir: Mansuh GST tidak banyak kurangkan kos sara hidup
Pemangku CEO Ideas, Ali Salman, menyeru langkah-langkah besar untuk melawan peningkatan kos sara hidup, termasuk dasar membantu rakyat menambah pendapatan.
PETALING JAYA: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) berkata rakyat mungkin tidak akan menyaksikan penurunan kos sara hidup yang ketara selepas pengurangan kadar GST kepada kadar sifar.
Ini kerana 30 barang makanan harian dan 19 perkhidmatan yang membentuk sebahagian besar daripada perbelanjaan isi rumah golongan 40% berpendapatan terendah sememangnya sudah berkadar sifar.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Ideas, Ali Salman berkata Indeks Harga Pengguna menunjukkan GST bukan satu-satunya faktor paling penting dalam kenaikan harga makanan, minuman tidak beralkohol, pendidikan, kesihatan, pengangkutan dan perumahan dalam tempoh 5 tahun lepas.
Beliau bagaimanapun menjangkakan GST kadar sifar akan mendorong golongan 40% berpendapatan sederhana untuk berbelanja lebih.
Beliau berkata kerajaan mesti kemukakan langkah-langkah besar untuk mengatasi kenaikan kos sara hidup yang menjadi isu utama dalam kalangan pengundi pada pilihan raya umum baru-baru ini.
“Kerajaan perlu mengusahakan dasar yang membantu rakyat menambah pendapatan, seperti menambahbaik produktiviti buruh.
“Kerajaan juga patut mengurangkan peranan kerajaan dalam ekonomi supaya kita mempunyai lebih ramai usahawan.”
Dalam masa yang sama Ali menggesa kerajaan menghalang peningkatan defisit fiskal.
Sementara itu, ahli ekonomi, Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak menyifatkan pengurangan kadar GST kepada kadar sifar sebagai penyelesaian sementara yang bagus dalam menurunkan harga.
“Walaupun tiada jaminan kos sara hidup akan turun, sekurang-kurangnya ada pengurangan harga barangan sebanyak kira-kira 6%.
“Ini mungkin akan mendorong golongan berpendapatan rendah untuk berbelanja lebih.”
Beliau menambah cukai penggunaan yang mungkin diperkenalkan untuk menggantikan GST tidak seharusnya membebankan golongan berpendapatan rendah.
Kadar GST akan disifarkan bermula 1 Jun. Kementerian Kewangan berkata ia akan meliputi semua barangan tempatan dan import.
Pakatan Harapan berikrar untuk memansuhkan GST, yang diperkenalkan pada 1 April 2015, dalam manifesto pilihan rayanya.
Demikianlah Artikel Badan pemikir: Mansuh GST tidak banyak kurangkan kos sara hidup
Sekianlah artikel Badan pemikir: Mansuh GST tidak banyak kurangkan kos sara hidup kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Badan pemikir: Mansuh GST tidak banyak kurangkan kos sara hidup dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/badan-pemikir-mansuh-gst-tidak-banyak.html