Minat Rafizi pada Terengganu, bukan jawatan kerajaan

Minat Rafizi pada Terengganu, bukan jawatan kerajaan - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Minat Rafizi pada Terengganu, bukan jawatan kerajaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Minat Rafizi pada Terengganu, bukan jawatan kerajaan
link : Minat Rafizi pada Terengganu, bukan jawatan kerajaan

Baca juga


Minat Rafizi pada Terengganu, bukan jawatan kerajaan

MALAYSIAKINI

   
Walaupun memainkan peranan besar membongkar satu demi satu skandal dalam kerajaan BN, Rafizi Ramli nampaknya tidak berminat dengan sebarang jawatan selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) berjaya menguasai Putrajaya pada 9 Mei lalu.

Sebaliknya naib presiden PKR berkenaan membayangkan rancangan baru yang akan dilaksanakannya - menyasarkan Terenganu.

Dalam siri ciapan di Twitter hari ini Rafizi berkata dia tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan persekutuan.

"Sebagai ahli politik saya akan memberi tumpuan untuk Pakatan Harapan memenangi Terengganu dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak akan mengambil sebarang peranan dalam kerajaan buat masa ini," ciapnya.

Rafizi - yang sebelum ini menjadi anggota parlimen Pandan - adalah orang yang bertanggjawab membongkar pelbagai isu berkaitan kerajaan serta pemimpin Umno.

Antaranya ialah mengenai projek National Feedlot Corp Sdn Bhd (NFC) dan 1MDB.

Dia juga sudah disabitkan atas kesalahan melanggar Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) bersama bekas kerani, Johari Mohamad.

Kedua-dua mereka dijatuhi hukuman penjara 30 bulan.
 
Dalam PRU ke-14 lalu HARAPAN berjaya membentuk kerajaan persekutuan, namun gagal menguasai empat negeri di semenanjung.

Selain Perlis dan Pahang yang dikuasai BN, PAS pula menawan Terengganu serta mengekalkan kedudukan mereka di Kelantan. HARAPAN juga gagal memenangi sebarang kerusi di kedua-dua negeri Pantai Timur berkenaan.

Sebelum itu Rafizi - anak kelahiran Terengganu - ditanya mengenai kedudukan Invoke Malaysia yang diasas dan diterajuinya.

Kata Rafizi pertubuhan itu akan memberi fokus kepada usaha "memperkasa Malaysia."

Seorang pengguna Twitter pula berkata Rafizi layak mengetuai Biro Pengaduan Awam iaitu badan kerajaan yang menguruskan masalah orang ramai.

Namun kata Rafizi ada orang lain yang lebih sesuai untuk mengisi jawatan tersebut.

"Saya minta maaf. Sukar untuk melakukan apa yang saya buat semasa saya jadi pembangkang, namun ia dilaksanakan kerana memang satu keperluan.

"Sekarang HARAPAN sudah menjadi kerajaan dan ada ramai orang boleh dan mahu menjadi menteri," ciapnya.



Demikianlah Artikel Minat Rafizi pada Terengganu, bukan jawatan kerajaan

Sekianlah artikel Minat Rafizi pada Terengganu, bukan jawatan kerajaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Minat Rafizi pada Terengganu, bukan jawatan kerajaan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/minat-rafizi-pada-terengganu-bukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :