Judul : Gaji menteri dipotong 10 peratus
link : Gaji menteri dipotong 10 peratus
Gaji menteri dipotong 10 peratus
MALAYSIAKINIPerdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan gaji jemaah menteri akan dipotong sebanyak sepuluh peratus.
Beliau berkata ia bagi menunjukkan keprihatinan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) terhadap masalah kewangan kerajaan.
"Jemaah menteri setuju supaya gaji menteri dipotong 10 peratus...(Potongan) ini berdasarkan gaji asas," katanya pada sidang media selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya pagi ini.
Beliau berkata sesetengah pegawai kerajaan kini mendapat gaji lebih tinggi daripada menteri kabinet.
Namun, katanya lagi, kabinet tidak bercadang untuk menaikkan gaji anggotanya.
"Ini tabiat saya. Ketika pertama kali menjadi perdana menteri (pada 1981), perkara pertama yang saya buat adalah potong gaji menteri dan pegawai kanan kerajaan," katanya lagi.
Namun pemotongan kali ini tidak melibatkan pegawai kanan kerajaan seperti ketua setiausaha negara, tetapi mereka boleh berbuat demikian secara sukarela.
"Terpulang kepada mereka jika mahu menyumbang untuk mengurangkan hutang negara. Tetapi kami tidak memaksa mereka," katanya lagi.
LIHAT VIDEO DI SINI
Demikianlah Artikel Gaji menteri dipotong 10 peratus
Sekianlah artikel Gaji menteri dipotong 10 peratus kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gaji menteri dipotong 10 peratus dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/gaji-menteri-dipotong-10-peratus.html