Rewcastle Brown masih tak dibenarkan masuk Sarawak

Rewcastle Brown masih tak dibenarkan masuk Sarawak - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rewcastle Brown masih tak dibenarkan masuk Sarawak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rewcastle Brown masih tak dibenarkan masuk Sarawak
link : Rewcastle Brown masih tak dibenarkan masuk Sarawak

Baca juga


Rewcastle Brown masih tak dibenarkan masuk Sarawak

MALAYSIAKINI

   

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown masih lagi tersenarai sebagai mereka yang dilarang daripada memasuki negeri ini.

"Dia masih di dalam senarai itu sejak zaman pemimpin terdahulu.

“Saya belum membuat keputusan (sama ada menarik balik larangan itu),” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian kuih raya kepada pasukan keselamatan, Sumbangsih Kuih Raya 2018, di Kuching, hari ini.

Sebelum ini, Gerakan untuk Perubahan Sarawak (MoCS) mendesak Abang Johari supaya menarik balik sekatan masuk terhadap pengarang Sarawak Report itu.

Rewcastle-Brown tiba di Kuala Lumpur awal minggu ini selepas Pakatan Harapan merampas Putrajaya dan waran tangkap terhadap pengarang itu dibatalkan.

Pemimpin MoCS Francis Siah berkata, Rewcastle-Brown, yang lahir di Bumi Kenyalang, harus dibenarkan masuk ke negeri itu.

Menurut beliau, ramai rakyat Sarawak ternanti-nanti untuk bertemu wanita itu.

“Saya gesa Ketua Menteri Abang Johari Abang Openg menarik balik sekatan terhadapnya.

"Biar saya ingatkan dia, dalam PRU14, rakyat Sarawak sudah bersuara dengan kuat dan jelas.

“Dengan meneruskan dasar menindas (Tun) Taib Mahmud, BN akan dihukum dengan seteruk-teruknya dalam pilihan raya negeri akan datang,” katanya.

Siah berkata, Rewcastle-Brown hanya 'bersalah' kerana menyiarkan laporan eksklusif yang memperincikan dakwaan rasuah pemimpin-pemimpin kanan negeri.

“Rewcastle-Brown bukan ancaman pada keselamatan Sarawak dan kami tuntut beliau dibenarkan melawat negeri ini,” katanya.

Rewcastle-Brown ialah seorang wartawan penyiasatan British yang secara terbuka mengkritik BN Sarawak melalui Sarawak Report – yang turut terkenal dengan pendedahannya dalam skandal 1MDB.

Kerajaan Malaysia terdahulu pimpinan Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan waran tangkap padanya pada 2015 atas alasan “mengancam demokrasi berparlimen”.




Demikianlah Artikel Rewcastle Brown masih tak dibenarkan masuk Sarawak

Sekianlah artikel Rewcastle Brown masih tak dibenarkan masuk Sarawak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rewcastle Brown masih tak dibenarkan masuk Sarawak dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/rewcastle-brown-masih-tak-dibenarkan.html

Subscribe to receive free email updates: