Nazri bidas tiga bekas menteri yang kini bantu Tun M

Nazri bidas tiga bekas menteri yang kini bantu Tun M - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nazri bidas tiga bekas menteri yang kini bantu Tun M, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nazri bidas tiga bekas menteri yang kini bantu Tun M
link : Nazri bidas tiga bekas menteri yang kini bantu Tun M

Baca juga


Nazri bidas tiga bekas menteri yang kini bantu Tun M

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz melabelkan bekas menteri kabinet yang bersama-sama mengkritik kerajaan sebagai 'hikpokrit'.
 
"Mereka merupakan yang paling banyak mendapat manfaat semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi presiden Umno dan perdana menteri," katanya dipetik The Star.
 
Nazri berkata demikian merujuk kepada bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz, bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin, dan juga bekas menteri, Tan Sri Dr Rais Yatim.
 
Ketiga-tiga mereka adalah menteri kabinet semasa tempoh 22 tahun Dr Mahathir menjadi perdana menteri.
 
Nazri juga berkata, ketiga-tiga mereka kini menentang kerajaan bukan sesuatu yang menghairankan kerana mereka sebelum ini pun sebahagian daripadanya.
 
"Mereka mungkin tidak mendapat apa-apa semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri, jadi mereka amat tidak berpuas hati," katanya.
 
Nazri turut mempersoalkan keikhlasan ketiga-tiga individu berkenaan dalam berkempen bersama-sama dengan Pakatan Harapan.
 
"Ironinya sekarang ialah mereka adalah sebahagian daripada kumpulan (PKR) yang satu ketika dahulu pernah menentang mereka.
 
"Bagi saya, orang-orang ini tidak relevan dan hanya alat untuk pembangkang," katanya.
 
Terdahulu pada Khamis, sebuah portal berita melaporkan bahawa Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran bahawa Rafidah, Rais dan Daim boleh dipecat daripada parti itu kerana kritikan mereka terhadap Barisan Nasional (BN).
 
Bagaimanapun, Tengku Adnan berkata, sebarang tindakan yang akan diambil terhadap ketiga-tiga mereka akan diputuskan berdasarkan kes memandangkan Umno merupakan parti yang adil.
 
Rafidah menerusi posting di Facebook pada Selasa lalu, menggesa rakyat Malaysia untuk menolak Umno dan menyerahkan mandat kepada Pakatan Harapan untuk memerintah negara.
 
Isnin lalu, Rais turut mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana memotong gambar Dr Mahathir daripada papan tanda pembangkang.
 
Daim turut berkempen untuk pembangkang, dengan menggesa rakyat Malaysia mengundi Pakatan Harapan.
 
 


Demikianlah Artikel Nazri bidas tiga bekas menteri yang kini bantu Tun M

Sekianlah artikel Nazri bidas tiga bekas menteri yang kini bantu Tun M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nazri bidas tiga bekas menteri yang kini bantu Tun M dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/nazri-bidas-tiga-bekas-menteri-yang.html

Subscribe to receive free email updates: