Pengundi hantu tidak wujud, hanya propaganda - SPR

Pengundi hantu tidak wujud, hanya propaganda - SPR - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengundi hantu tidak wujud, hanya propaganda - SPR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengundi hantu tidak wujud, hanya propaganda - SPR
link : Pengundi hantu tidak wujud, hanya propaganda - SPR

Baca juga


Pengundi hantu tidak wujud, hanya propaganda - SPR

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Istilah pengundi hantu sebenarnya tidak wujud dan hanya satu propaganda untuk menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.
 
Beliau berkata, istilah itu digunakan oleh pihak tertentu untuk memberi gambaran negatif terhadap SPR.
 
"Hakikatnya, ada segelintir pemilih berdaftar yang telah berpindah dan tidak lagi bermastautin di kawasan yang mana mereka telah mendaftar sebagai pemilih atau ada pemilih yang bertukar alamat bahagian pilihan raya.
 
"Ada juga pemilih berdaftar ini hanya pulang ke kawasan berkenaan dalam tempoh empat atau lima tahun, berkemungkinan penduduk di kawasan berkenaan tidak lagi mengenali pemilih itu dan seterusnya membuat tanggapan dan dakwaan bahawa pemilih itu adalah pengundi hantu.
 
"Sedangkan, pada hakikatnya, mereka ini adalah pemilih berdaftar yang sah dari segi undang-undang," katanya yang mengulas tohmahan sesetengah pihak berhubung pengundi hantu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
 
Dalam laman sesawang suruhanjaya itu, SPR berkata pihaknya sentiasa menjalankan pelbagai usaha secara berterusan bagi memastikan Daftar Pemilih Induk bersih dan kemas kini terutama daripada senarai mereka yang telah meninggal dunia, yang sering kali dipolitikkan oleh pihak tertentu sebagai pengundi hantu.
 
Beliau berkata SPR telah menghantar pasukan penyemak ke balai polis di seluruh negara untuk mendapatkan salinan permit menguburkan bagi mengesahkan seseorang itu telah meninggal dunia termasuk mengeluarkan pengumuman supaya waris pemilih yang telah meninggal dunia mengemukakan salinan sijil kematian waris.
 
Katanya, bagi Sarawak, SPR telah menghantar pasukan penyemak ke rumah panjang untuk mengenal pasti mana-mana anggota masyarakat rumah panjang yang telah meninggal dunia tetapi tidak dilaporkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.
 
Dalam pada itu, SPR berkata mana-mana rakyat yang melakukan penipuan dan penyamaran sebagai pengundi boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun atau didenda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. 




Demikianlah Artikel Pengundi hantu tidak wujud, hanya propaganda - SPR

Sekianlah artikel Pengundi hantu tidak wujud, hanya propaganda - SPR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengundi hantu tidak wujud, hanya propaganda - SPR dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/pengundi-hantu-tidak-wujud-hanya.html

Subscribe to receive free email updates: