Judul : Penentang Dr M sebagai PM ke-7 ialah pemakan dedak?
link : Penentang Dr M sebagai PM ke-7 ialah pemakan dedak?
Penentang Dr M sebagai PM ke-7 ialah pemakan dedak?
Amat pasti, sekiranya terpaksa mengusahakan semula Reformasi 2 selepas Dr Mahathir menaiki takhta, pasti ia tidak akan menyeluruh.
Perlu juga sekali-sekala kita mendengar apa yang kita tuturkan – mempunyai nilai, sudah berfikir habis, dengar dan melihat untuk kita membahaskan isu atau memberi pendapat. Persepsi berbeza dengan andaian.
Melihat apa yang ada – dirujuk hampir 20 tahun timbulnya teriakan Reformasi, melihat cara kepimpinan negara sewaktu itu, langkah yang diambil untuk mengekalkan kuasa dan mempertahankan kuasa, penggunaan segala aset kerajaan, manipulasi ke atas keadilan dan mencabuli kedaulatan badan-badan yang dipertanggungjawabkan ke atas perundangan dan keselamatan.
Membentuk persepsi negatif sekiranya fakta-fakta ini diambil, dinilai dan dikaji untuk memutuskan sama ada keputusan boleh diambil untuk membenarkan orang yang terlibat berkuasa semula, pasti membentuk satu persepsi negatif buat rakyat, buat mereka yang terbabit dalam perjuangan menentang kepimpinan tersebut dan ini tentu sekali merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebaliknya, untuk mempertahankan hujah keperluan membawa masuk Dr Mahathir sebagai perdana menteri ke-7, kerana beliau sudah bertaubat tanpa nampak asas dan butiran nyata dalam kekesalan dan keinsafan serta mereka yang menentang hari ini dilabel sebagai penulis makan dedak adalah andaian – mampu membawa kepada tahap fitnah – tanpa asas.
Apabila kita menceritakan tentang rasuah, kronisme dan nepotisme sewaktu pemerintahan Umno – ini semua adalah perbuatan songsang yang tidak boleh diterima.
Kita diajar supaya berani mempertahankan dan menegakkan keadilan, menentang kezaliman dan menuntut mereka ini dibawa ke muka pengadilan – dibicara atas tuduhan-tuduhan tersebut, ini adalah perjuangan rakyat – ini adalah tuntutan reformasi.
Namun, sekiranya orang yang dituduh itu dan dipercayai melakukan semua bentuk kesalahan sewaktu perjuangan Reformasi itu tidak dibawa ke muka keadilan, malah diangkat pula untuk menerajui perjuangan sama dan mahu dinobatkan sebagai perdana menteri ke-7, semestinya ada bantahan – tidak mahu menerima dan menolak kepimpinan tersebut.
Hujah yang menolak Dr Mahathir khususnya, mempunyai justifikasi agak kuat dan teguh. Mereka terasa diperalatkan sewaktu hebat memperjuangkan perubahan – mahu memastikan “Malaysia yang lebih adil” kini terpaksa berpayung di bawah Mahazalim dan Mahafiraun.
Mereka juga mempunyai hak untuk didengari – untuk membantah dalam memastikan perjuangan mereka tidak dirampas begitu sahaja.
Mereka menuntut “keadilan untuk semua” dan keadilan untuk mereka hari ini adalah suara menentang penawanan dan rampasan Dr Mahathir ke atas apa yang dilaungkan sebagai perjuangan Reformasi.
Namun, suara dan apa yang mereka mahu sampaikan – menentang pemilihan perdana menteri ke-7, tidak mahu bersekongkol dengan pemimpin yang kejam lagi zalim, hanya dibalas dengan 2 patah perkataan – pemakan dedak.
Ini adalah jawapan paling tipikal bagi mereka yang tidak mempunyai jawapan. Kita semua sedar kepimpinan pembangkang, penyokong, mereka yang terbit dalam Reformasi bahawa perjuangan itu dipolitikkan untuk kepentingan politik tertentu.
Semua ada pengukuran tersendiri dan kalau ia bermatlamatkan politik tersendiri, maka amat wajar ia ditolak kerana kita tidak mahu seperti kata pepatah Melayu dijual sayak dibeli tempurung – yang baru tiada beza dengan yang lama.
Ini akan menyebabkan keadaan lebih parah, apa yang diperjuangkan sebelum ini lupus dan akan memburukkan keadaan semula.
Adakah kita mahu melalui Reformasi 2 dan adakah rakyat akan percaya kepada kepimpinan, khususnya PKR untuk melancarkan dan membabitkan diri semula untuk menentang kezaliman dan ketidakadilan, sedangkan ia tercetus daripada kesilapan dan kesalahan sendiri – memberi laluan kepada yang tidak sepatutnya.
Amat pasti, sekiranya terpaksa mengusahakan semula Reformasi 2 selepas Dr Mahathir menaiki takhta, pasti ia tidak akan menyeluruh.
Demikianlah Artikel Penentang Dr M sebagai PM ke-7 ialah pemakan dedak?
Sekianlah artikel Penentang Dr M sebagai PM ke-7 ialah pemakan dedak? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penentang Dr M sebagai PM ke-7 ialah pemakan dedak? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/penentang-dr-m-sebagai-pm-ke-7-ialah.html