PRU14 bukan masa untuk ‘bersuka-suka’, lawan bendera – Najib

PRU14 bukan masa untuk ‘bersuka-suka’, lawan bendera – Najib - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14 bukan masa untuk ‘bersuka-suka’, lawan bendera – Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14 bukan masa untuk ‘bersuka-suka’, lawan bendera – Najib
link : PRU14 bukan masa untuk ‘bersuka-suka’, lawan bendera – Najib

Baca juga


PRU14 bukan masa untuk ‘bersuka-suka’, lawan bendera – Najib

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LIPIS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14 ini) bukan satu tempoh untuk rakyat bersuka ria, tetapi merupakan waktu penting untuk mereka menilai dan memilih sebuah kerajaan di peringkat pusat dan negeri bagi mewakili suara mereka.

Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, dalam hal ini sebuah kerajaan yang kuat adalah penting agar pentadbiran negara dapat diteruskan tanpa apa-apa gangguan.

“Bila ada PRU bukan soal nak suka-suka, masa ini kita nak pesta lawan bendera ke apa ke.

“Jangan lupa matlamat kita untuk membentuk kerajaan di peringkat negeri dan nasional,” katanya ketika berucap sebelum merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat yang baharu di Sungai Koyan, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Amer Yusof dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai.

Hadir sama calon BN bagi kawasan Parlimen Cameron Highlands Datuk C. Sivarraajh dan DUN Tanah Rata Leong Tack Mun.

Dalam hal ini, Najib yang juga calon BN bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pekan menarik perhatian bahawa BN berbanding pembangkang mempunyai perikatan yang kuat dengan parti-parti komponen itu yang mampu membentuk sebuah kerajaan yang kuat bagi menjaga kebajikan semua kaum di negara ini.

“Kalau harapkan UMNO sahaja tak boleh tubuh kerajaan tetapi dengan ada rakan-rakan kita parti di Sabah dan Sarawak.. dan di sini, MCA, MIC dan Gerakan boleh sumbang pada (menangi) kerusi-kerusi pada PRU.

“Saya tak lupa juga kepada MyPPP, kita dalam keluarga BN, tuan-tuan ingat dalam apa jua keadaan, kalau kita nak minta tolong kita boleh minta tolong daripada kerajaan orang lain, jangan harap ketuk pintu pun dia takkan buka,” katanya.

Perdana menteri berkata beliau selalu mengutarakan bahawa sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, kerajaan perlu berlaku adil dan membuat pertimbangan secara inklusif dan ini telah dilakukan kerajaan BN sedia ada.

“Setiap kelompok dalam masyarakat mesti ada sentuhan daripada kerajaan barulah mereka merasai nikmat pembangunan, pertumbunahn ekonomi dan kekayaan negara.

“Ini berbeza dengan sesetengah negara yang mana mereka berada di peringkat atasan mendapat keuntungan atau limpahan kekayaan yang lebih tetapi di peringkat bawahan kurang ada sentuhan daripada kerajaan,” katanya.

Perdana menteri berkata kerajaan tidak percaya kepada sistem ekonomi tanpa intervensi atau “kapitalis semata-mata” di mana menurutnya ekonomi hanya bergantung kepada pasaran sahaja yang akan menyebabkan orang yang lebih kuat mendapat lebih banyak faedah.

“Ini akan lebarkan lagi jurang pendapatan antara rakyat. Sebagai sebuah kerjaaan, kita percaya ekonomi bebas tetapi mesti ada intervensi kerajaan untuk agihkan kekayaan sama rata supaya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana akan tingkat pendapatan mereka dengan lebih cepat lagi”.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan projek pembinaan Pusat Giat Mara baharu di Sungai Koyan, dan sebuah masjid baharu bagi menggantikan masjid sedia ada di Tanjung Gahai, masing-masing bernilai RM3 juta.



Demikianlah Artikel PRU14 bukan masa untuk ‘bersuka-suka’, lawan bendera – Najib

Sekianlah artikel PRU14 bukan masa untuk ‘bersuka-suka’, lawan bendera – Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14 bukan masa untuk ‘bersuka-suka’, lawan bendera – Najib dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/pru14-bukan-masa-untuk-bersuka-suka.html

Subscribe to receive free email updates: