Judul : Polis kawal laluan ke rumah Najib, media dilarang masuk
link : Polis kawal laluan ke rumah Najib, media dilarang masuk
Polis kawal laluan ke rumah Najib, media dilarang masuk
"Anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul telah ditempatkan untuk mengawal keselamatan,"
Polis mula mengawal laluan masuk ke kediaman rasmi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta.
KUALA LUMPUR: Polis hari ini mula mengawal laluan keluar masuk ke kediaman peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata ia bagi mengawal keselamatan kediaman terbabit.
“Anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul telah ditempatkan untuk mengawal keselamatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Tinjauan Bernama mendapati 5 anggota polis ditempatkan di simpang masuk ke kediaman bekas perdana menteri itu.
Polis turut menempatkan balai polis bergerak selain membuat pemeriksaan ke atas setiap individu mahupun kenderaan yang ingin masuk ke laluan itu.
Difahamkan arahan kawalan keselamatan itu dikeluarkan malam tadi.
Susulan itu, pengamal media yang berkumpul di kawasan kediaman itu juga tidak dibenarkan memasuki laluan berkenaan, berbanding semalam wartawan dan jurugambar berkumpul di depan pintu pagar kediaman tersebut bagi membuat liputan.
Demikianlah Artikel Polis kawal laluan ke rumah Najib, media dilarang masuk
Sekianlah artikel Polis kawal laluan ke rumah Najib, media dilarang masuk kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis kawal laluan ke rumah Najib, media dilarang masuk dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/polis-kawal-laluan-ke-rumah-najib-media.html