Daim jamin atasi masalah ekonomi, tidak tambah hutang

Daim jamin atasi masalah ekonomi, tidak tambah hutang - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Daim jamin atasi masalah ekonomi, tidak tambah hutang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Daim jamin atasi masalah ekonomi, tidak tambah hutang
link : Daim jamin atasi masalah ekonomi, tidak tambah hutang

Baca juga


Daim jamin atasi masalah ekonomi, tidak tambah hutang

 
Daim Zainuddin berkata majlis penasihat kerajaan yang ditubuhkan semalam mempunyai kepakaran untuk menangani isu sekitar pemansuhan GST.





KUALA LUMPUR: Bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin yang juga antara 5 pakar Majlis Penasihat Kerajaan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), memberi jaminan kepada para pelabur dan pengurus dana pihaknya akan menangani semua masalah yang menjejaskan ekonomi selain tidak berhasrat menambah hutang negara.

“Tiada sebab lagi untuk meletakkan ekonomi dalam keadaan yang lebih buruk,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bersama barisan pakar lain yang menganggotai Majlis itu di sini, malam tadi.

Daim berkata demikian ketika mengulas kebimbangan pelabur berhubung implikasi terhadap ringgit dan pasaran saham susulan kemenangan mengejut PH dalam pilihan raya umum Ke-14 (PRU14) yang menyaksikan kekalahan kerajaan terdahulu pimpinan Barisan Nasional.

Jelas beliau, antara kebimbangan pelabur adalah cadangan pemansuhan GST yang disifatkan berkemungkinan besar memberi impak terhadap terhadap hasil kerajaan selain turut meningkatkan defisit fiskal.

“Kita tidak akan menambah hutang lagi. Kita bukannya bodoh. Ini lebih menjurus kepada spekulasi dan hanya mencetuskan kebimbangan yang tidak wajar sedangkan (apa yang berlaku) merupakan reaksi biasa apabila kerajaan baharu mengambil alih tampuk pemerintahan,” katanya.

Daim memberi jaminan majlis itu mempunyai sekumpulan pakar yang mampu menangani isu terbabit.

“Selama 57 tahun GST ini tidak wujud pun dan tidak ada masalah yang timbul,” katanya.

Tegas beliau, lebih penting adalah menghapuskan amalan rasuah.

Anggota majlis yang turut hadir pada mesyuarat itu ekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas ketua pegawai eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican dan ahli ekonomi terkemuka, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.

Ahli perniagaan terkemuka, Tan Sri Robert Kuok tidak hadir kerana berada di luar negara.

Penubuhan majlis itu diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang antara lainnya berperanan membantu kerajaan mencapai janji 100 hari PH kepada rakyat seperti dinyatakan dalam manifesto pakatan itu.



Demikianlah Artikel Daim jamin atasi masalah ekonomi, tidak tambah hutang

Sekianlah artikel Daim jamin atasi masalah ekonomi, tidak tambah hutang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Daim jamin atasi masalah ekonomi, tidak tambah hutang dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/daim-jamin-atasi-masalah-ekonomi-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :