Judul : Syed Saddiq harap MB Johor pertimbang dana untuk ADUN pembangkang
link : Syed Saddiq harap MB Johor pertimbang dana untuk ADUN pembangkang
Syed Saddiq harap MB Johor pertimbang dana untuk ADUN pembangkang
ANTARAPOSJOHOR BAHRU: Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertikaikan keputusan Menteri Besar yang baru yang tidak akan memberikan sebarang peruntukan kepada ADUN pembangkang di negeri ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, bagi memastikan demokrasi di Malaysia terus berkembang maju, pembangkang yang kuat dan berwibawa bagi memastikan kerajaan negeri sentiasa menjadi pihak yang bertanggungjawab.
“Berikan peruntukan kepada mereka bukan sebab mereka adalah pembangkang tetapi mereka akan menjadi ‘check and balance’,” katanya dalam entri terbaharu di laman sosial Facebook beliau di sini sebentar tadi.
Semalam, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian memberitahu, tiada peruntukan kecil pembangunan akan diberikan kepada pembangkang di negeri ini kerana itu dalah hak kerajaan yang memerintah.
Tambahnya, semasa Umno dan Barisan Nasional (BN) memerintah, pembangkang juga tidak diberikan sebarang peruntukan.
“Jadi, sekarang mereka tidak dapatlah. Kenapa perlu saya beri mereka, ia seolah-olah memberikan mereka peluru untuk ‘tembak’ kita semula,” katanya pada sidang akhbar selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baru.
Demikianlah Artikel Syed Saddiq harap MB Johor pertimbang dana untuk ADUN pembangkang
Sekianlah artikel Syed Saddiq harap MB Johor pertimbang dana untuk ADUN pembangkang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Syed Saddiq harap MB Johor pertimbang dana untuk ADUN pembangkang dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/syed-saddiq-harap-mb-johor-pertimbang.html