Judul : Tak masuk hospital pun dah ada sokongan – Tun M
link : Tak masuk hospital pun dah ada sokongan – Tun M
Tak masuk hospital pun dah ada sokongan – Tun M
KEADILAN DAILY
Calon perdana menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak perlu berpura-pura sakit dan masuk hospital di saat-saat akhir pilihan raya umum ke-14 untuk meraih sokongan pengundi.
Beliau berkata demikian bagi membidas dakwaan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa beliau akan berbuat demikian.
“Saya boleh dapat sokongan tanpa pergi ke hospital.
“Zahid ini seseorang yang pernah datang berjumpa saya selepas dilantik sebagai timbalan untuk mendapatkan pertolongan.
“Jadi, sekarang saya dah tua dan dia tidak fikir saya boleh dapat sokongan,” katanya memetik Malaysiakini.
Zahid yang juga calon BN untuk parlimen Bagan Datuk itu mendakwa Dr Mahathir dijangka akan cuba untuk meraih simpati daripada pengundi di Langkawi serta kawasan lain.
Demikianlah Artikel Tak masuk hospital pun dah ada sokongan – Tun M
Sekianlah artikel Tak masuk hospital pun dah ada sokongan – Tun M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tak masuk hospital pun dah ada sokongan – Tun M dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/tak-masuk-hospital-pun-dah-ada-sokongan.html