Judul : Waspada janji Najib kekal kadar GST
link : Waspada janji Najib kekal kadar GST
Waspada janji Najib kekal kadar GST
OLEH ZAREEF MUZAMMILSHAH ALAM: Rakyat diingatkan supaya lebih berwaspada terhadap janji Datuk Seri Najib Razak untuk mengekalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), pada kadar enam peratus selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengarah Strategi Pusat KEADILAN, Sim Tze Tzin berkata, hal itu kerana Najib berkuasa menyemak semula kadar GST dalam Belanjawan 2019, dengan kemungkinan kadar sekarang hanya kekal untuk tempoh lima bulan sahaja lagi.
“Kami berpendapat pengumuman ini sekadar politik desperado sahaja. Beliau tahu rakyat begitu benci dengan GST dan jaminan Najib tidak pernah ditepati.
“Najib juga tidak mengumumkan kadar GST enam peratus itu akan kekal untuk tempoh berapa lama selepas PRU14.
“Jika beliau berjaya merompak mandat untuk memerintah negara, beliau sebenarnya akan mempunyai kuasa menyemak semula kadar GST dalam pembentangan Belanjawan 2019,” katanya dalam kenyataan.
Tze Tzin yang juga calon P52 Bayan Lepas berkata, rakyat sememangnya tidak boleh mengharapkan kadar GST kekal pada kadar enam peratus sahaja di bawah pentadbiran Najib.
Justeru, katanya, pilihan terbaik kini adalah menghapuskan GST dan memberi undi kepada Pakatan Harapan (PAKATAN) dalam PRU14.
“PAKATAN sendiri menawarkan untuk menghapuskan GST sebagai salah satu daripada 10 Janji dalam 100 hari, justeru pilihannya amat jelas iaitu undi PAKATAN.
“Pangkah KEADILAN untuk hapuskan GST,” katanya.
Demikianlah Artikel Waspada janji Najib kekal kadar GST
Sekianlah artikel Waspada janji Najib kekal kadar GST kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Waspada janji Najib kekal kadar GST dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/waspada-janji-najib-kekal-kadar-gst.html