Sistem pendidikan negara gagal terap generasi celik budaya - Mapim

Sistem pendidikan negara gagal terap generasi celik budaya - Mapim - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sistem pendidikan negara gagal terap generasi celik budaya - Mapim, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sistem pendidikan negara gagal terap generasi celik budaya - Mapim
link : Sistem pendidikan negara gagal terap generasi celik budaya - Mapim

Baca juga


Sistem pendidikan negara gagal terap generasi celik budaya - Mapim

 MALAYSIA DATELINE

Mohd Azmi Abdul HamidMohd Azmi Abdul Hamid

Sistem pendidikan negara gagal menerapkan tahap celik budaya dalam kalangan generasi muda antara kaum dan agama sehingga berlaku jurang perpaduan nasional, kata presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid.

Beliau berkata, polarisasi antara kaum bermula dari bangku sekolah dan natijahnya ialah semangat kekitaan dan perpaduan semakin lusuh.

Tahap literasi Malaysia mencapai 92 peratus iaitu setaraf dengan Turki dan Rusia.

“Akan tetapi sistem pendidikan Malaysia masih tertinggal dari segi celik budaya. Ini dapat dilihat betapa berbudaya hanya dilihat secara kosmetik dalam acara pementasan untuk diperagakan sebagai produk
pelancongan. Bukan sebagai suatu gaya hidup yang berfungsi dalam kehidupan seharian. Natijahnya, budaya luar yang asing dan bertentangan dengan budaya tempatan menguasai generasi muda,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Azmi, budaya Malaysia yang berlatar belakang pelbagai kaum dan agama merupakan cabaran paling berat dalam sistem pendidikan negara.

Menurut beliau, akibat perubahan pendedahan generasi muda kepada pelbagai pengaruh media sosial dan impak globalisasi budaya serta wujudnya polarisasi kaum yang semakin tajam, sistem pendidikan kelihatan tidak mampu menerapkan perpaduan nasional yang diharapkan.

“Wujudnya kebangkitan semula sentimen perkauman akibat persaingan politik telah mengetepikan apa yang cuba dibina didalam sistem pendidikan negara. Sekolah pelbagai aliran tidak dilihat sebagai pelengkap dan pengkayaan dalam sistem pendidikan tetapi dilihat sebagai pesaing untuk meraih undi dan menuntut hak kaum atas nama demokrasi,” katanya lagi.

“Mangsanya ialah perpaduan antara kaum dan keharmonian antara agama,” tegasnya.

Semalam timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyentuh soal keperluan meneliti sama ada sistem pendidikan yang ada sekarang berjaya melahirkan perpaduan nasional atau sebaliknya.

“Kami berpendapat seluruh rakyat dan mereka yang terlibat dalam pembangunan sistem pendidikan perlu jujur untuk bertanya sama ada negara ini mahu menjadi sebuah negara yang akhirnya runtuh akibat keretakkan perhubungan antara kaum atau menjadi sebuah negara model berdasarkan kesepakatan antara kaum dan semangat saling menghormati budaya dan adat sesama rakyat,” katanya.

“Inilah yang sepatutnya menjadi fokus penilaian sistem pendidikan dalam perbahasan mengenai isu kepelbagaian aliran sekolah yang ada dalam negara sekarang,” jelasnya.

“Adalah malang jika isu ini dilihat dari sudut kepentingan politik. Pendidikan adalah nadi kepada pembangunan dan masa depan negara. Jika semua pihak melihat dari kaca mata perkauman, pencapaian negara selama ini bakal terhakis dan matlamat asal penjajah untuk mengguna strategi pecah dan perintah akan kembali bertapak di negara ini,” katanya.



Demikianlah Artikel Sistem pendidikan negara gagal terap generasi celik budaya - Mapim

Sekianlah artikel Sistem pendidikan negara gagal terap generasi celik budaya - Mapim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sistem pendidikan negara gagal terap generasi celik budaya - Mapim dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/sistem-pendidikan-negara-gagal-terap.html

Subscribe to receive free email updates: