McDonald's Malaysia lapor polis, tubuh pasukan peguam susulan dituduh salur dana pada Israel

McDonald's Malaysia lapor polis, tubuh pasukan peguam susulan dituduh salur dana pada Israel - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul McDonald's Malaysia lapor polis, tubuh pasukan peguam susulan dituduh salur dana pada Israel, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : McDonald's Malaysia lapor polis, tubuh pasukan peguam susulan dituduh salur dana pada Israel
link : McDonald's Malaysia lapor polis, tubuh pasukan peguam susulan dituduh salur dana pada Israel

Baca juga


McDonald's Malaysia lapor polis, tubuh pasukan peguam susulan dituduh salur dana pada Israel

ANTARAPOS
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Satu laporan polis dibuat McDonald's Malaysia terhadap lebih 20 individu dan organisasi susulan tohmahan pihak berkenaan kononnya syarikat makanan segera itu menyalurkan dana kepada Israel dan mengajak orang ramai memboikotnya. 
 
Pengarah Urusan dan Pemilik Saham Tempatan Gerbang Alaf Restaurant Sdn Bhd, Azmir Jaafar, berkata laporan dibuat  di Balai Polis Dang Wangi dan laporan sama turut dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), semalam.
 
Katanya, beliau menyerahkan pihak polis dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menjalankan siasatan sebelum tindakan saman diambil terhadap mereka.
 
"Salah satu tohmahan yang tidak benar dan fitnah, sumbangan McDonald's Amerika Syarikat kepada Jewish United Fund (JUF) melalui program pemberian sepadan.
 
"Di Malaysia, kami tidak terbabit dengan program berkenaan sebaliknya hanya membayar royalti kepada McDonald's Corporation.
 
"Justeru, kami menubuhkan satu pasukan peguam penasihat luar untuk membantu dan memastikan hak dan kepentingan syarikat serta lebih 12,000 pekerja dilindungi," katanya pada sidang media, di Pejabat McDonald's Malaysia, di sini, hari ini.
 
Baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengisytiharkan Kedutaannya di Tel Aviv akan dipindahkan ke Baitulmaqdis sebagai langkah mengiktiraf kota suci itu sebagai milik Israel.
 
Tindakan itu mencetuskan protes besar-besaran di seluruh dunia, termasuk di sini, dan antaranya memboikot McDonald's Malaysia.
 
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Azmir berkata, JUF hanya salah satu daripada banyak badan di AS yang berhak untuk menerima sumbangan derma di bawah program pemberian sepadan, namun ia tidak terpakai di Malaysia.
 
"Ini kerana JUF beroperasi bagi tujuan kebajikan di bawah landasan undang-undang Amerika Syarikat yang berkaitan iaitu Seksyen 501(c)(3) Undang-undang Percukaian Amerika Syarikat.
 
"Sepanjang 2014, lebih 2,000 sumbangan derma pekerja pelbagai badan kebajikan yang dipadankan oleh McDonald's Amerika Syarikat di bawah program terbabit.
 
"Daripada jumlah itu hanya sebilangan kecil iaitu tiga saja derma pekerja kepada JUF. Badan kebajikan Islam turut menerima sumbangan melalui kaedah yang sama," katanya.
 
Beliau turut menyangkal dakwaan McDonald's Amerika Syarikat mengambil pendirian berkaitan sebarang konflik politik mahupun keagamaan yang berlangsung.
 
Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh layari laman sesawang McDonald's Malaysia di pautan http://ift.tt/2AXKaOn.
 
 


Demikianlah Artikel McDonald's Malaysia lapor polis, tubuh pasukan peguam susulan dituduh salur dana pada Israel

Sekianlah artikel McDonald's Malaysia lapor polis, tubuh pasukan peguam susulan dituduh salur dana pada Israel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel McDonald's Malaysia lapor polis, tubuh pasukan peguam susulan dituduh salur dana pada Israel dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/mcdonalds-malaysia-lapor-polis-tubuh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :