Judul : Tadika Cilik Al-Fateh Kulai terima kemasukan murid bukan Islam
link : Tadika Cilik Al-Fateh Kulai terima kemasukan murid bukan Islam
Tadika Cilik Al-Fateh Kulai terima kemasukan murid bukan Islam
AMNI JAGATPada sesi persekolahan tahun ini, Tadika Cilik Al-Fateh Taman Puteri, Kulai, Johor, menerima murid dari kalangan bukan Islam dan bukan berbangsa Melayu mnedaftar untuk memasuki tadika berkenaan.
Tadika yang memberikan pendidikan Islam itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat dan ia turut menarik perhatian kalangan bukan Islam sehinggakan ada yang mendaftarkan anak mereka sebagai murid di tadika berkenaan.
Menurut penasihat tadika berkenaan, saudara Mazlan Aliman, ia menunjukkan bahawa sikap saling faham memahami yang diterapkan dalam negara ini telah berjaya membentuk mentaliti masyarakat khususnya dalam kalangan bangsa selain Melayu.
“Penerimaan ini menggambarkan bahawa apa yang diperjuangkan bahawa tiada perbezaan kaum oleh pihak kami (Cilik Al Fateh) selama ini telah mendapat perhatian masyarakat berbilang kaum.
“Ini adalah suatu resam hidup di Malaysia di mana keadaan pergaulan dalam kalangan bukan Islam bersama-sama dengan orang Islam perlu dijadikan suatu asas untuk menjalani kehidupan yang harmoni dalam negara ini.
“Saya berpuas hati dengan perkembangan yang berlaku ini dan ia perlu diterapkan dalam minda masyarakat agar orang bukan Islam tidak melihat Islam itu sebagai suatu ancaman kepada mereka,” jelas beliau ketika dihubungi.
Murid bukan Islam dan Melayu yang mendaftar di tadika berkenaan adalah, adik Kirsha A/P Sujendran, 6, dan adik Lishani A/P Maniam, 5, sementara seorang lagi murid bukan Islam akan mendaftar di tadika berkenaan pada Isnin depan.
Perkara tersebut disambut baik oleh Pengarah Biro Kaum India AMANAH Negeri Johor, Jeevan Supramaniam yang turut sama meraikan kemasukkan murid tersebut.
Tadika yang memberikan pendidikan Islam itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat dan ia turut menarik perhatian kalangan bukan Islam sehinggakan ada yang mendaftarkan anak mereka sebagai murid di tadika berkenaan.
Menurut penasihat tadika berkenaan, saudara Mazlan Aliman, ia menunjukkan bahawa sikap saling faham memahami yang diterapkan dalam negara ini telah berjaya membentuk mentaliti masyarakat khususnya dalam kalangan bangsa selain Melayu.
“Penerimaan ini menggambarkan bahawa apa yang diperjuangkan bahawa tiada perbezaan kaum oleh pihak kami (Cilik Al Fateh) selama ini telah mendapat perhatian masyarakat berbilang kaum.
“Ini adalah suatu resam hidup di Malaysia di mana keadaan pergaulan dalam kalangan bukan Islam bersama-sama dengan orang Islam perlu dijadikan suatu asas untuk menjalani kehidupan yang harmoni dalam negara ini.
Mazlan Aliman (dua dari kiri) bermesra dengan adik Kirsha dan Lishani sambil turut bersama Jeevan (kanan).
Murid bukan Islam dan Melayu yang mendaftar di tadika berkenaan adalah, adik Kirsha A/P Sujendran, 6, dan adik Lishani A/P Maniam, 5, sementara seorang lagi murid bukan Islam akan mendaftar di tadika berkenaan pada Isnin depan.
Perkara tersebut disambut baik oleh Pengarah Biro Kaum India AMANAH Negeri Johor, Jeevan Supramaniam yang turut sama meraikan kemasukkan murid tersebut.
Demikianlah Artikel Tadika Cilik Al-Fateh Kulai terima kemasukan murid bukan Islam
Sekianlah artikel Tadika Cilik Al-Fateh Kulai terima kemasukan murid bukan Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tadika Cilik Al-Fateh Kulai terima kemasukan murid bukan Islam dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/tadika-cilik-al-fateh-kulai-terima.html