Isu anak kota miskin dipandang remeh

Isu anak kota miskin dipandang remeh - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu anak kota miskin dipandang remeh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu anak kota miskin dipandang remeh
link : Isu anak kota miskin dipandang remeh

Baca juga


Isu anak kota miskin dipandang remeh

DETIK DAILY

 
Oleh Nik Nazmi Nik Ahmad 

 PEMUDA Pakatan Harapan (PH) amat kecewa dengan keputusan speaker Dewan Rakyat untuk menolak usul membahaskan laporan Unicef berkenaan kemiskinan anak kota atas alasan ia bukan "kepentingan awam".

Laporan Unicef itu amatlah penting, dan sepatutnya membuka mata setiap ahli Parlimen serta pihak kerajaan kerana ia membongkar keadaan sebenar kemiskinan bandar yang memberi kesan besar terutamanya kepada kanak-kanak.

Dengan menolak usul tersebut, Dewan Rakyat bagaikan menganggap perkara itu remeh.

Walaupun dengan alasan pelbagai agensi kerajaan sedang mengkaji laporan tersebut, ia tetap tugas wakil rakyat untuk membincangkan perkara yang penting seperti itu, kerana ia melibatkan dasar negara dan kegagalan dasar itu membantu rakyat.

Kaji selidik itu menunjukkan kesan kemiskinan bandar dan kekurangan zat di kalangan kanak-kanak terutamanya di rumah kos rendah yang hidup dalam dalam keadaan serba kekurangan dari segi pemakanan, pendidikan, keselamatan dan keadaan hidup.

Laporan itu menyatakan 99.7% kanak-kanak di flat kos rendah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Petaling Jaya sedang hidup di bawah paras kemiskinan.

Ia juga mendapati 12% daripada kanak-kanak di rumah kos rendah makan kurang daripada tiga kali sehari, dan kekurangan zat makanan bagi kanak-kanak di flat kos rendah lebih tinggi berbanding purata kebangsaan sebanyak 22%.

Malah di negeri termiskin, Kelantan, terdapat kanak-kanak yang dikatakan hidup dalam keadaan lebih teruk daripada negara miskin seperti Zimbabwe dan Swaziland.

Kerajaan harus berdepan dengan masalah ini dan henti berselindung di sebalik retorik negara maju dan ekonomi baik.

Setelah hampir 60 tahun memerintah, mengapa masih ada rakyat yang begitu tegar dalam kemiskinan, dan ramai kanak-kanak yang kekurangan zat?

Ini jelas sebuah krisis negara yang patut mendapat perhatian penuh pihak kerajaan dan Dewan Rakyat.

Apa gunanya menjadi wakil rakyat jika tidak dapat membincangkan perihal rakyat dan mencari jalan penyelesaian?

* Nik Nazmi Nik Ahmad adalah ketua Pemuda Pakatan Harapan, ketua Pemuda PKR.



Demikianlah Artikel Isu anak kota miskin dipandang remeh

Sekianlah artikel Isu anak kota miskin dipandang remeh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu anak kota miskin dipandang remeh dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/isu-anak-kota-miskin-dipandang-remeh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :