Manifesto PAS boleh laksana, berpijak di alam nyata

Manifesto PAS boleh laksana, berpijak di alam nyata - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Manifesto PAS boleh laksana, berpijak di alam nyata, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Manifesto PAS boleh laksana, berpijak di alam nyata
link : Manifesto PAS boleh laksana, berpijak di alam nyata

Baca juga


Manifesto PAS boleh laksana, berpijak di alam nyata

Oleh Umi Faten Nadia Ezhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Manifesto PAS mampu dilaksana berikutan ia realistik dan tidak menjanjikan bulan, bintang serta berpijak di alam yang nyata, kata penganalisis politik, Dr Kamarulzaman Yusoff.
 
Pun begitu, Kamarul berkata beliau masih menunggu perincian lebih lanjut mengenai bagaimana janji-janji itu akan dilaksana contohnya penghapusan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pelupusan hutang PTPTN dan sebagainya.
 
"Mestilah ada cara untuk melaksanakannya cuma belum ada penjelasan yang terperinci. Jadi, nak kena tengok juga. Cuma, tidak terlalu melangit dan masih berpijak di alam nyata.
 
"Mekanisma pelaksanaan macam mana nak buat, macam mana dana dapat, itu belum diperincikan lagi. Daripada peringkat awal, dia (manifesto) sangat menarik dan boleh dipuji," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Gagasan Sejahtera (Gagasan) malam tadi mengumumkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), yang merangkumi sembilan Teras, Tawaran Utama dan Tawaran Khas dan bertemakan "Malaysia Sejahtera" telah dilancarkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Majlis Syarahan Perdana di Astana Banquet Hall, Cyberjaya. 
 
Menariknya PAS menawarkan untuk menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan menggantikannya dengan sistem percukaian yang lebih adil. 
 
PAS juga berjanji untuk melupuskan hutang peminjam PTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional bagi meringankan bebanan golongan muda sebagai inisiatif permulaan ke arah pelaksanaan pendidikan percuma.
 
"Sepintas lalu nampak macam ok. PAS memberikan pilihan yang bagus kepada rakyat untuk membuat pilihan. Cuma, kita kena tahu lebih details cara macam nak buat penghapusan sebab itu belum dijelaskan. 
 
"Jadi, saya tak boleh nak komen banyak. Cuma nampak dari segi pengembalian kuota itu bagus sebab selaras dengan hasrat parti itu untuk lebih menarik undi orang-orang Melayu Islam.
 
"Satu lagi, ia mahu memperkasakan cara hidup Islam. Jadi, saya secara umumnya ia adalah satu manifesto yang kelihatan mampu untuk menarik perhatian rakyat khususnya golongan rendah, golongan Melayu, yang nampak macam berbeza daripada manifesto Pakatan Harapan," katanya.
 
Tawaran Manifesto PAS itu juga dilihat agak meluas dan hampir menyentuh semua aspek termasuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), mahasiswa, fakir miskin dan sebagainya.
 
"(Manifesto PAS) memang akan mampu menarik perhatian pengundi khususnya golongan bawahan yang menjadi sasaran sokongan PAS.
 
"Sebab, tawaran yang agak meluas, golongan OKU pun ada, mahasiswa pun ada, sistem kuota, IPTA kemudian boleh dikatakan pelancaran penggunaan tanah untuk golongan muda, kemudian yang PTPTN, golongan fakir dan miskin," kata Kamarul lagi.
 
Terdahulu Pakatan Harapan (PH) mengumumkan manifesto menjanjikan 10 perkara, terutama meringankan beban rakyat dalam masa 100 hari pertama pentadbiran jika berjaya membentuk kerajaan di Putrajaya.
 
Bagaimanapun, manifestonya dikecam banyak pihak sebagai 'janji bulan dan bintang' dan tidak realistik.



Demikianlah Artikel Manifesto PAS boleh laksana, berpijak di alam nyata

Sekianlah artikel Manifesto PAS boleh laksana, berpijak di alam nyata kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Manifesto PAS boleh laksana, berpijak di alam nyata dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/manifesto-pas-boleh-laksana-berpijak-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :