Zuraida Ditendang Keluar Dari Kartel Azmin?

Zuraida Ditendang Keluar Dari Kartel Azmin? - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zuraida Ditendang Keluar Dari Kartel Azmin?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zuraida Ditendang Keluar Dari Kartel Azmin?
link : Zuraida Ditendang Keluar Dari Kartel Azmin?

Baca juga


Zuraida Ditendang Keluar Dari Kartel Azmin?







Bnbbc – Jika sebelum ini, Zuraida Kamaruddin dilabelkan sebagai pengikut setia Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, namun kini kedua-duanya dipercayai sudah bertelagah serta membawa haluan sendiri.


Sumber terdekat PKR mendedahkan kepada BNBBC.my portal, meskipun perkara itu tidak dapat dihidu pihak luar, namun ia tidak dapat diselindungi daripada pihak dalaman yang menyaksikannya di depan mata.

Bagaimanapun ramai yang diam seribu bahasa kerana bimbang rahsia tersebut terbongkar serta tidak kurang pula yang berkongsi tentang hal dalaman parti dengan pihak luar.

Perpecahan kartel itu difahamkan memberi kesan sehingga Zuraida dipercayai enggan lagi bertanding di kerusi Parlimen Ampang.

Ini adalah berikutan Ketua Wanita PKR itu dilaporkan pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian sebelum ini.

Difahamkan kartel itu didokong oleh pengikut setia Azmin seperti ADUN Seri Muda, Mat Shuhaimi Shafie serta beberapa kepimpinan parti itu di Selangor.

Sumber itu juga memberitahu bahawa Zuraida cuba menyembunyikan masalah dalaman itu dengan memberikan alasan ingin membantu Pakatan Harapan menawan beberapa negeri lain termasuk Johor pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).

“Tindakan beliau itu sudah menjelaskan keadaan sebenar bahawa beliau tidak lagi ‘sebulu’ dengan Azmin, namun tidak membuat pencerahan tentang apa yang berlaku,” kata sumber itu kepada BNBBC.my portal.

Keadaan semakin jelas lagi apabila Azmin sendiri pada hari semalam cuba mengelak daripada menjawab soalan pengamal media berhubung ketiadaan nama Zuraida dalam senarai calon PKR yang bakal bertanding di Selangor nanti.

Menteri Besar Selangor itu juga dilihat lebih banyak berdiam diri daripada menjawab pelbagai spekulasi khususnya mengenai calon di Ampang, sama ada masih ingin mengekalkan Zuraida atau meletakkan calon baharu Datuk Adam Rosly.

Bagaimanapun terdapat spekulasi bahawa Adam yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang telah ditempatkan di Perak untuk bertanding di negeri tersebut.

Satu lagi sumber memberitahu, sebelum pertelagahan berlaku, Zuraida diarah untuk bertanding kerusi di luar Selangor dipercayai adalah sebahagian usaha Azmin memperluaskan pengaruh kartelnya bagi menerajui kepimpinan PKR selepas kegagalan pada tahun 2014.

Pada tahun berkenaan, Azmin digembar-gembur bertanding jawatan Presiden parti untuk menentang Datuk Seri Dr Seri Wan Azizah Wan Ismail, bagaimanapun bekas Ketua Umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan membuat kenyataan untuk bertanding jawatan itu, sekaligus membantutkan harsat Azmin.

Sumber itu juga mendedahkan ia adalah sebahagian daripada rancangan Azmin meniru taktik yang digunakan DAP di mana mereka meletakkan calon di pelbagai tempat dan kawasan bagi meluaskan pengaruh.

Ini kerana umum mengetahui Penasihat DAP Lim Kit Siang berkemungkinan bertanding di Pulau Pinang dan tidak akan mempertahankan kerusinya di Gelang Patah.

Maka corak permainan yang sama juga turut akan digunakan oleh Azmin bagi merampas kerusi presiden daripada Dr Wan Azizah sekaligus membunuh terus pengaruh Anwar Ibrahim yang sedang dipenjara.



Demikianlah Artikel Zuraida Ditendang Keluar Dari Kartel Azmin?

Sekianlah artikel Zuraida Ditendang Keluar Dari Kartel Azmin? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zuraida Ditendang Keluar Dari Kartel Azmin? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/zuraida-ditendang-keluar-dari-kartel.html

Subscribe to receive free email updates: